Friday, 7 March 2014

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary




BPME2013 Kemahiran dan gelagat keusahawanan

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan pemimpin yang dipilih oleh saya untuk berkongsi dalam projek blog ini. Sebelum ini, kita hanya mendengar namanya tanpa mengetahui latar belakang beliau. Saya tidak sabar-sabar untuk menulis mengenai latar belakang beliau kerana dia merupakan orang biasa yang melakukan perkara-perkara yang luar biasa. Beliau merupakan seorang bumiputera yang paling kaya di Malaysia dengan memiliki aset sebanyak 167 bilion. Selain itu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang usahawan yang banyak menderma dan juga aktif melakukan kerja-kerja amali, maka namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Saya akan berkongsi dengan anda tentang kehidupan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan menekankan mengenai sumbangan beliau untuk berkhidmat kepada negara. Kejayaan yang dinikmati oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pada hari ini bukan senang untuk mendapat melalui jalan pintas. Beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.


Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut,Yemen. Sebelum mengambil keputusan untuk menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya mengembara ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan untuk menetap di Alor Setar, Kedah dan mendirikan rumah tangga pada tahun 1946. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia merupakan anak yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan hidup yang susah semasa kecil telah mendorong beliau untuk menubuhkan Yayasan al-Bukhary pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.  Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Pada masa kini, seramai 15000 orang pelajar telah memperolehi faedah daripada program tersebut. 


Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi beliau telah dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Baru semasa berusia 9 tahun. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s. Pendidikan yang tertinggi adalah hanya sehingga tingkatan lima, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi ini tidak bermakna dia tidak berilmu. Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri sejak kecil lagi.


Disebabkan oleh latar belakang keluarga yang miskin, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari terpaksa melangkah ke dunia bekerja dalam kehidupan awal beliau, pada masa yang sama mengikuti pengajian rendah dan menengah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasaran dan juga menjual roti canai. Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari akan membantu bapanya menjalankan perniagaan lembu penternakan tetapi masalah wabak kaki dan mulut telah menyebabkan perniagaan bapanya muflis kerana semua ternak petani telah mati. Walau bagaimanapun, beliau masih mengambil alih perniagaan dan memulakan perniagaan menjual daging ketika beliau berumur 19 tahun. Kejayaan dalam perniagaan tersebut telah menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.


Kejayaan yang dicapai selepas itu adalah berikutnya:


1972
Tan Sri Syed Mokhtar memperolehi permit bagi empat buah lori Kelas A dan bantuan kewangan sebanyak RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan 'Syarikat Pengangkutan Sentosa' dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.


1974
Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).


1975
Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (LPN) yang kini dikenali sebagai Bernas. Beliau berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor. Semua ini hasil langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.


1976
Tan Sri Syed Mokhtar turut menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Syarikat usahasama ini dinamakan sebagai Bukhary Sdn. Bhd pada 15 Julai 1976 dan beroperasi di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah. Melalui Bukhary Sdn. Bhd.,beliau memulakan perniagaan gula dan kini mencecah RM250 juta.


1977
Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.


1978
Tan Sri Syed Mokhtar menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo Perdagangan Canton, China. Beliau berjaya menjalankan sistem barter , iaitu menukarkan koko dari Malaysia dengan teh dari China. Seterusnya, Tan Sri Syed Mokhtar turut melangkah kepada sector pembuatan. Syarikatnya mendapat kontrak membekalkan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam tentera. Beliau membeli secara terus daripada pengilang.


1979
Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan syarikat usahasama, Susu Mas Sdn. Bhd (51 %) dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor.Pada 1985, Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.


1985
Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.


1998
Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan menubuhkan kilang Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.



Selain itu, Tan Sri Syed Mokhtar turut bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping yang telah berdaftar di bawah polisi CABOTAGE dari Perbendaharaan Malaysia dan bertindak sebagai broker kapal. Beliau membeli sebuah kapal buatan Jerman pada harga USD1 juta dan diberi nama 'Angsa Mas' yang berusia 28 tahun. Kapal itu mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, kerana rugi sebanyak USD400,000. Seterusnya beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.


Pelaksanaan dasar penswastaan yang bertujuan untuk mengurangkan pergantungan kerajaan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyebabkan Tan Sri Syed Mokhtar membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta dan menjayakan Pelabuhan Tanjung Pelepas bagi menyaingi Singapura. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Pelabuhan itu semakin maju hingga berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.


Apabila bekalan air diswastakan, beliau menubuhkan syarikat usahasama Equiventure Sdn. Bhd. dengan Kembangan Dinamik (49 %) dan Pilecon Bhd. serta syarikatPerancisOneo.


Seterusnya, Tan Sri Syed Mokhtar membeli syarikat kejuruteraan MMC Corporation pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). MMC dapat kontrak membina Lebuh Raya Pantai Timur iaitu membina lebuh raya sambungan dari Karak ke Kuala Terengganu. Beliau turut memilik saham 22.7 % dalam Malakoff Berhad iaitu IPP iaitu syarikat pembekalan elektrik dan Gas Malaysia. 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.


Selain itu, beliau memiliki 18 % pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 % pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 % pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik . Tan Sri Syed Mokhtar juga mempunyai 100 % kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku di Malaysia dan Singapura.


Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNASPadiberas Nasional Berhad (Bernas), Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC Corp Bhd telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan kereta api berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Projek ini bernilai $3.8 bilion dan tender diperolehi sebelum Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 2003.


Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa SenaiJohor. MMC juga mempunyai tanah di Senai Industrial Park dan membeli Senai Terminal Services Sdn. Bhd. (SATS). Pada 1 November 2003,SATS mengambilalih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) pada harga RM80 juta. Menerusi syarikat DRB-Hicom Bhd. (DRB)miliknya, membeli syarikat kereta Lotus dari Proton Holding bhd pada harga RM1.29 bilion. DRB-Hicom juga memiliki 32.21 % dalam Pos Malaysia Bhd.


Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.





No comments:

Post a Comment