Friday, 7 March 2014

Tan Sri Azman bin Hashim

Usahawan perbankan dinamik (AmBank) 



BPME2013 kemahiran dan gelagat keusahawanan


Saya telah memilih Tan Sri Azman bin Hashim sebagai usahawan yang ingin saya berkongsi tentang rahsia kejayaan beliau dalam kehidupannya. Hal ini kerana kebijaksanaan dan pandangan yang berbeza terhadap perkara serta keadaan telah menarik perhatian saya terhadap cerita beliau. Sebagai contoh, walaupun Tan Sri Azman mempunyai bank sendiri tetapi beliau tidak simpan kekayaan dalam bentuk wang sebaliknya beliau melihat kekayaan sebenar dalam bentuk logam seperti emas dan perak. Selain itu, beliau juga merupakan usahawan yang suka mencari serta sudi menerima perkara yang mencabar dalam perjalanan untuk mencapai kejayaannya. Pada pandangan beliau, " semakin berat sesuatu cabaran, semakin kuatlah kami berusaha". Beliau merupakan seorang yang tidak bertolak ansur dengan kegagalan. Ini merupakan semangat yang perlu dibelajari oleh para usahawan muda pada masa kini. 


Latar Belakang
Tan Sri Azman bin Hashim dilahirkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Julai 1939. Beliau mempunyai 13 adik beradik dan Tan Sri Azman Hashim merupakan anak ketiga dalam keluarganya. Bapanya bekerja sebagai juruteknik manakala ibunya merupakan seorang guru. Beliau bersekolah di Malay Boy’s School, Setapak dan kemudiannya ke Methodist Boy’s School di Sentul dan menamatkan sijil persekolahan pada tahun 1954 ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1955, beliau telah pergi ke Perth, Australia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan. Di Perth, beliau telah berpeluang bekerja di Messrs O L Haines & Co. (Chartered Accountants) sehingga tahun 1960. Maka, Tan Sri Azman Hashim merupakan seorang akauntan berkanun yang terlatih.


Kerjaya dalam bidang perbankan
Tan Sri Azman berpengalaman luas dalam industri perbankan dan mula terlibat dalam sektor perbankan sejak 1960 apabila beliau kembali dari Australia sebagai akauntan berkanun. Pada pemulaan, Tan Sri Azman Hashim memulakan kerjayanya dalam sektor perbankan di Bank Negara Malaysia. Selepas beberapa tahun bekerja di Bank Negara Malaysia, Tan Sri Azman meletakkan jawatan pada Mei 1964 dengan bertujuan untuk memulakan firma perakaunannya sendiri, iaitu Azman & Co kemudian dikenali dengan nama Azman Wong Salleh & Co (Chartered Accountants). Dua tahun kemudian, Tan Sri Azman Hashim meninggalkan syarikat itu dan menyertai Malayan Banking Berhad (Maybank) dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Maybank dari tahun 1971 hingga 1980.

Seterusnya, Tan Sri Azman meninggalkan Malayan Banking untuk menyertai Kwong Yik Bank Berhad dan terus dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Kwong Yik Bank yang kini dikenali sebagai RHB Bank Berhad selama dua tahun, dari tahun 1980 hingga 1982. Ini telah membawa tuah kepada beliau apabila berjaya membeli 40 peratus dari Taiping Textiles sebuah syarikat tersenarai kemudiannya dinamakan Arab-Malaysian Development Berhad atau AMDB. Pada tahun 1982, Tan Sri Azman turut membeli Arab - Malaysian Merchant Bank yang kini dikenali sebagai AmBank dari usahawan Arab, iaitu Hussain Najadi. Hussain mengasaskan bank itu pada tahun 1975 bagi membawa masuk pelaburan dari negara - negara Arab ke Malaysia. Selepas pembelian itu, Tan Sri Azman dilantik sebagai pengerusinya.



Kepentingan yang dimiliki dalam syarikat lain

Selain memegang sebanyak 42% kepentingan dalam syarikat induk Kumpulan AmBank, iaitu Arab - Malaysian Corporation Berhad (AMC). Tan Sri Azman juga mengawal beberapa syarikat seperti AMMB Holding Berhad (AHB), Arab - Malaysian Finance Berhad yang kini dikenali sebagai AmFinance, Arab Malaysian Development Berhad, Saouth Peninsular Industries Berhad, Redifussion Berhad, Hotel Equatorial dengan memiliki sebanyak 30% kepentingan, dan anak syarikat Johnson & Johnson di Malaysia dengan 30% kepentingan.


Kejayaan
Semasa menghadapi kemelesetan ekonomi Asia pada tahun 1997, Tan Sri Azman telah berjaya bertahan dalam keadaan semasa berbanding dengan bank lain yang telah terjejas akibat krisis itu. Tan Sri Azman bukan sahaja berjaya mengekalkan kedudukannya dalam Kumpulan Perbankan AmBank, malah beliau juga berjaya menambahkan lagi penguasaannya dalam industri perbankan dengan penggabungan MBF Finance dengan anak syarikat Kumpulan Perbankan AmBank, iaitu Arab - Malaysian Finance Berhad.


Pengiktirafan

Kini Tan Sri Azman merupakan Group Chairman bagi Arab-Malaysian Group of Companies. Antara kumpulan-kumpulan yang beliau pernah dan sedang memegang jawatan sebagai pengerusi adalah AMMB Holding Berhad Group, Arab-Malaysian Corporation Berhad Group, Arab-Malaysian Finance Berhad, Arab-Malaysian Credit Berhad, Arab-Malaysian Property Trust Management Berhad, Arab-Malaysian Development Berhad Group dan Redifussion Berhad Group. Tan Sri Azman juga menjadi pengerusi bagi South Peninsular Industries Berhad, Pembangunan MasMelayu Berhad, Malaysian South Corporation Berhad dan MIMOS Berhad, Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS), Persatuan Bank Saudagar, Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia Berhad (MIMOS), Perbadanan Produktiviti Nasional dan sebagainya.



Anugerah
Tan Sri Azman pernah menerima banyak anugerah. Antaranya ialah anugerah Doktor Kehormat oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1990. Pada tahun 1985, Tan Sri Azman juga dinamakan sebagai Pengurus Bank Terbaik Asia oleh majalah Asian Finance.Pada tahun 1993, beliau dinamakan sebagai Usahawan ASEAN Tahun 1993 oleh Forum Perniagaan ASEAN. Pada tahun 1995 pula, beliau dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahun 1995 oleh Kelab Alumni Harvard Business School.

 



Sumbangan

Sebagai Pengerusi Perbadanan Produktiviti Nasional, Tan Sri Azman memainkan peranan penting dalam menggalakkan produktiviti di Malaysia dan menjadikannya sebagai salah satu komponen yang relevan dan penting dalam proses pembangunan negara. Kejayaan membangunkan produktivtii ini dicapai melalui keyakinannya bahawa produktiviti perlu dirangka sehingga dapat diuruskan dan diukur. Dibawah kepimpinan Tan Sri Azman, Perbadanan Produktiviti Nasional berjaya membangunkan metodologi pengukuran produktiviti di peringkart kebangsaan dan subsektor.

Sejak tahun 1994, Perbadanan Produktiviti Nasional menerbitkan laporan tahunan produktiviti yang menganalisis prestasi produktiviti di peringkat kebangsaan, dan subsektor. Laporan tahunan itu dapat diakses melalui Pangkalan data Rangkaian Tanda Aras Dalam Talian (BOND), iaitu pangkalan data amalan terbaik dan petunjuk prestasi cemerlang. Melalui Perbadanan Produktiviti Nasional juga, Tan Sri Azman banyak menyumbang kepada pergerakkan produktiviti di rantau Asia dan Pasifik.




No comments:

Post a Comment