CEO Kumpulan Sunway
BPME2013 Kemahiran dan gelagat keusahawanan
Sebelum ini, perkara yang boleh dipastikan adalah ramai orang mesti pernah mendengar nama kumpulan Sunway tetapi malangnya saya mendapati bahawa kebanyakan orang masih tidak mengenali siapakah pengasasnya. Jadi, saya telah memilih Tan Sri Dr Jeffrey Cheah sebagai usahawan yang ingin saya berkongsi tentang cerita beliau dalam mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Tan Sri Dr Jeffrey Cheah merupakan CEO kumpulan Sunway. Antara alasan yang menarik perhatian saya terhadap beliau adalah kejayaan Tan Sri Dr Jeffrey Cheah menempuh 3 kemelesetan ekonomi dengan jayanya. Semangat beliau yang tidak mudah berputus asas semasa menghadapi masalah sebaliknya sentiasa mencari peluang dan bertindak balas dengan segera terhadap peluang yang wujudnya merupakan kunci utama untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Di samping itu, sikap Tan Sri Dr Jeffrey Cheah yang suka belajar daripada sebarang kesilapan dan sentiasa membuat keputusan berdasarkan akal dan bukannya emosi patut dibelajari oleh kami.
Sebelum ini, perkara yang boleh dipastikan adalah ramai orang mesti pernah mendengar nama kumpulan Sunway tetapi malangnya saya mendapati bahawa kebanyakan orang masih tidak mengenali siapakah pengasasnya. Jadi, saya telah memilih Tan Sri Dr Jeffrey Cheah sebagai usahawan yang ingin saya berkongsi tentang cerita beliau dalam mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Tan Sri Dr Jeffrey Cheah merupakan CEO kumpulan Sunway. Antara alasan yang menarik perhatian saya terhadap beliau adalah kejayaan Tan Sri Dr Jeffrey Cheah menempuh 3 kemelesetan ekonomi dengan jayanya. Semangat beliau yang tidak mudah berputus asas semasa menghadapi masalah sebaliknya sentiasa mencari peluang dan bertindak balas dengan segera terhadap peluang yang wujudnya merupakan kunci utama untuk mencapai kejayaan dalam kehidupannya. Di samping itu, sikap Tan Sri Dr Jeffrey Cheah yang suka belajar daripada sebarang kesilapan dan sentiasa membuat keputusan berdasarkan akal dan bukannya emosi patut dibelajari oleh kami.
Tan Sri
Dr.Jeffrey Cheah telah dilahirkan di Pusing, Perak. Beliau mempunyai 6 orang
adik beradik. Beliau menerima pendidikan tinggi di Footscray Institute of
Technology yang kini telah dikenali sebagai Victoria University of Technology,
Australia. Selepas menamatkan pengajian, beliau telah memulakan kerjayanya
dengan bekerja sebagai akauntan di kilang pemasangan motor.
Kerjaya
Pada tahun 1974,
beliau telah menubuhkan Syarikat Sungai Way iaitu syarikat perlombongan bijih
timah dengan modal berbayar sebanyak RM 100,000. Pada tahun 1977, Malaysia
telah mengalami kemelesetan ekonomi tetapi syarikat beliau masih boleh
bertahan. Bagi tahun-tahun berikutnya, bijih timah telah habis dilombong maka
beliau telah menukarkan lombong bijih timah kepada lombong kuari dan pasir.
Akhirnya, prestasi syarikatnya memberangsangkan dan kesannya ia telah berjaya
disenaraikan dalam papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1984 sebagai
Sunway Holdings Berhad.
Sumbangan
Tan Sri Dr
Jeffrey Cheah juga merupakan seorang yang dermawan. Beliau telah melibatkan
diri dalam beberapa persatuan kebajikan seperti Yayasan Buah Pinggang Malaysia,
Yayasan Hati Malaysia dan Persatuan Hakka Malaysia. Selain itu, dua buah
projeknya iaitu Kolej Sunway dan Monash University juga ditubuhkan sebagai
institusi pendidikan bukan untung.
Cabaran yang dihadapi
Pada tahun 1985,
Malaysia telah dilanda kemelesetan ekonomi yang kali kedua. Kesan yang dirasai
pada kali ini adalah lebih ketara. Menjelang tahun 1987, walaupun mereka masih
dapat bertahan tetapi Sunway Holdings Berhad telah mencatat kerugian yang
hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya.
Mempelbagaikan jenis perniagaan
Selepas
kemelesetan ekonomi berakhir, Tan Sri Dr.Jeffrey Cheah telah mula mengambil
langkah dengan mempelbagaikan perniagaan yang diceburikan bagi tujuan untuk
menebarkan risiko syarikatnya. Sunway Holdings Berhad telah mula melibatkan
diri dalam sektor pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, pembuatan dan
perniagaan yang berkaitan dengan hiburan. Selepas itu, beliau telah
menyenaraikan tiga buah syarikat lagi, iaitu Sunway City Berhad, Sunway
Construction Berhad dan Sunway Building Technology Berhad.
Mengalami kemelesetan ekonomi kali ketiga
Pada tahun 1997,
krisis ekonomi Asia telah dilanda. Tan Sri Dr.Jeffrey Cheah telah mengambil
beberapa langkah untuk memghadapi kegawatan tersebut. Antara tindakan yang
dilaksanakan adalah seperti mengumpulkan semua pekerja Sunway Holdings Berhad
dan menunjukkan akaun syarikat kepada mereka. Dan beliau memastikan syarikat
beliau akan membayar gaji tepat pada masanya. Tujuan adalah memperolehi
sokongan penuh daripada semua pekerjanya. Pada masa yang sama, beliau turut
mula mengurangkan kos syarikatnya dengan cara menjual jentera-jentera yang
tidak diperlukan dan juga menutupkan perniagaan yang tidak mendatangkan untung.
Di samping itu, beliau juga mengurangkan gaji sendirinya dan mengubah gaya
hidupnya supaya mengurangkan gaya yang bermewah-mewah dan membazir.
Sejarah tentang Bandar Sunway
Pada pemulaan,
ramai orang telah memandang rendah terhadap kemampuan Tan Sri Dr.Jeffrey Cheah
bagi menjayakan projek perumahan di atas bekas lombong. Kini, lombong bijih
timah yang sudah ditebus guna adalah Bandar Sunway. Namun, beliau turut
meneruskan niatnya dan kini, Bandar Sunway telah bernilai sebanyak RM 2billion
dan ia merupakan salah satu kawasan perumahan yang unggul di kawasan Lembah
Klang.
Perkembangan perniagaan beliau di peringkat antarabangsa
Tan Sri
Dr.Jeffrey Cheah telah banyak mencari peluang perniagaan di luar Negara seperti
Australia, Taiwan dan India. Pada masa yang sama, beliau juga melaksanakan
perkongsian bijak dan usaha sama dengan beberapa pihak seperti Syarikat
Pelaburan Kerajaan Singapura bagi melangkah ke arah kejayaan pada masa depan.
Tan Sri Dr.Jeffrey Cheah juga merupakan pengasas bagi Institut Strategi dan
Kepimpinan Asia (ASLI), iaitu institute yang didirikan dengan tujuan untuk
menggalakkan perdagangan dan pelaburan antarabangsa melalui dialog di peringkat
tinggi.
Anugerah yang diterima
Tan Sri
Dr.Jeffrey Cheah telah menerima beberapa anugerah seperti tokoh hartanah pada
tahun 1993/94, dan CEO Terbaik Malaysia 1996 oleh American Express/ Business
Times. Pada tahun 1996 juga, Sunway Holdings Bhd, telah dinamakan sebagai
syarikat terbaik yang diuruskan oleh majalah Asia Money. Seterusnya, Tan
Sri Dr.Jeffrey Cheah juga pernah dianugerahkan lapan doctor kehormat oleh
beberapa university antarabangsa.
Rahsia kejayaan Tan Sri Dr Jeffrey Cheah
Tan Sri
Dr.Jeffrey Cheah merupakan seorang yang suka belajar daripada kesilapan. Selain
daripada bergantung terhadap fakta, beliau juga tidak lupa memanfaatkan gerak
hati dan menggunakannya semasa membuat keputusan. Pada masa yang sama, beliau
juga tidak membiarkan emosinya menguasai dirinya.
Selain itu, Tan
Sri Dr.Jeffrey Cheah membuat keputusan berdasarkan akal dan bukannya emosi.
Beliau juga merupakan seorang yang berani mengambil risiko dan mementingkan
kebolehpercayaan dan integrity. Sebagai contohnya, beliau akan sentiasa
memastikan syarikat beliau telah menjelaskan hutang sepenuhnya kepada pihak
bank.
No comments:
Post a Comment